Lontong
( Nasi Daun Pisang) - Amy
Bahan-
bahan:-
3
cawan beras (di cuci dan di toskan)
5
keping daun pisang batu/pisang biji – dilayur atas api
Air
rebusan (didihkan)
Cara:-
1. Gulung
daun pisang sebesar 4 sm garispusat.
2. Ikat
hujung daun pisang dengan tali raffia/atau dawai
Juga ikat
di tengah-tengah, supaya gulungan tidak terbuka.
3. Masukkan
beras yang telah di toskan tadi, separuh kelonsong daun pisang.
4. Ikat
hujung yang lagi satu dan rebus sehingga masak.
5. Anggaran
rebusan selama 4 jam atau lebih lagi supaya tahan lama.
6. Selepas
diangkat dari air rebusan, lontong tadi hendaklah di toskan secara menegak
dalam bekas yang berlubang(bakul atau besen plastik contohnya)
* Lontong nasi selalu dimakan dengan sayur lodeh dan juga lauk-pauk yang lain seperti rendang, ayam madu, ayam masak merah, daging masak hitam atau apa juga yang sewaktu dengannya. Di hidangkan pada Hari Raya, tapi sekarang tak perlu tunggu Raya...dah ada jual kat Pasar.
No comments:
Post a Comment