Abang..hari
tu ingat period dah habis. Ayang dah
mandi, dah solat.
Tapi
hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? “
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang.
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang.
Erm,
Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat,
ada
ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu.
” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu.
Lagipun
abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang,
si suami pula terus menerus memberi alasan.Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang,
********************************************
Asal
kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat
kepada
pemimpin dan pembimbing. Asal kepada
seorang lelaki
pula
adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan
pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa
peranan imam dalam solat? Guide makmum,
kan?
Apabila
selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan
bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum
ikut rukuk.
Apabila
imam sujud, makmum ikut sujud. Bagaimana pula jika
imam
tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum
menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk.
Ada
tatacara dan tertibnya. Analogi ini suatu yang besar jika
benar-benar
diaplikasikan dalam hidup. Dalam solat, ada imam
dan
ada makmum dengan segala tatatertibnya. Di luar solat, ada
ketua
dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah
indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan
manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia
perjanjian sampai mati. Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami
peranan
masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut. Suami
terutamanya.Jangan
seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh
untuk menjadi seorang ketua. Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai
lafaz akad nikahmu.
Jangan
hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra
(
kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci
pun
entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai
‘bab
orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab
itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal
tentang
itu. ” Awak kan perempuan? Hidup dah
bertahun-tahun
takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! “
Suami
yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan
kata-kata
seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan
bagi
suami yang mahu lari dari tanggungjawab. Bukankah mengajar
isteri
fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami? Bukankah kalau
isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas,
istihadhah dan sebagainya
maka
suami yang akan menanggung dosanya? Bukankah menjadi
kewajipan bagi seorang suami menghantar
isterinya ke kelas agama
jika
dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
MENCARI SEORANG IMAM
Tak
kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak
kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap
tetapi penampilannya
kemas
dan kefahaman agamanya cukup baik. Namun ada ramai juga
lelaki
yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya
selekeh
dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda
Islam.
Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya
sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin
ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan
dia
seorang imam yang baik? Ada yang merasakan lelaki kaki masjid
itu
terbaik sebagai imam. Ada yang merasakan
lelaki pandai
bertazkirah
agama itu terbaik sebagai imam. Ada juga yang merasakan
lelaki
‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya
geleng kepala. Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia,
kita
hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya,hanya Allah yang tahu.
Pun
begitu, saya suka mencadangkan.Sebagai wanita, anda diberi
satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri
kepada
seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan
tempoh ‘suai-kenal’
atau
istilah rasminya , bertunang. Ramai orang tidak menggunakan
tempoh
ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa,
sudah
meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang.
Ada
yang melayan borak siang malam sampailah kepada
bertemu
di taman dan tengok wayang. Jangan tiru tabiat-tabiat
seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia
sebagai tidak baik,
bahkan
akal juga mengatakan demikian.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh
mana
si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji
itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada.
Jangan
mengintip dia di bilik tidur sudah. Antara method yang
mungkin
anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan
lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan
suami
isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri
yang
perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi.
Anda
masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena
caranya.
Method berbincang, jika kena caranya,
boleh memberi
gambaran
yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang
imam
ataupun tidak. Malangnya, method perbincangan ini tidak
banyak
digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah,
sudah
jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik
melainkan
meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu
kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK ?
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah
dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya,
prihatin
dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah,
anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi
kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama
juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz
Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik
mestilah
akan menutup aurat. Ini pun serupa. Bukanlah lelaki
yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi
seorang
lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan
soal
agama. Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar
mempunyai
ciri-ciri seorang imam. Nah, carilah
lelaki jenis
itu
sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam
dan
luar solatmu. Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama,
dan
berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah
dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga?
Bagaimana
mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga
boleh
membimbingmu untuk sampai ke sana? Buatlah pilihan dengan bijak. Carilah untuk
dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
Sumber: by myilham.com
* Ini adalah impian saya untuk anak-anak gadis saya.
Sumber: by myilham.com
* Ini adalah impian saya untuk anak-anak gadis saya.
No comments:
Post a Comment