Sunday, July 22, 2012

Ringankanlah Beban Orang Lain




BALASAN BAGI ORANG YANG MERINGANKAN BEBAN ORANG LAIN

Sekarang kita berada dalam bulan yang mulia, Bulan Ramadan
Al Mubarak dan bulan ini dijanjikan ganjarannya berlipat ganda….
Selain dari beramal kita juga di galakkan untuk bersedekah  
dan bersedekah pula ada banyak caranya.

Rasulullah s.a.w. bersabda;

Barang siapa yang melepaskan seorang mukmin dari penderitaan-penderitaan dunia, Allah s.w.t. akan melepaskannya dari penderitaan-penderitaan pada hari kiamat.

Barang siapa yang memudahkan urusan yang sulit, Allah s.w.t. akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.

Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, Allah s.w.t. akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat.

Allah s.w.t. akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia sentiasa menolong saudaranya.

(Hadis riwayat Abu Hurairah r.a.)

Bersedekah Membawa Keberkatan Dan Kemuliaan

Hadith:

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah,
Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba
melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan.
Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan
keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.
Riwayat Muslim

Huraian :
Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala
tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana
Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas
hartanya itu. Keampunan yang diberikan oleh Allah keatas
hambanya adalah semata mata sebagai suatu kemuliaan Allah
kepadanya.Hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan
Allah dan bersifat tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan
darjatnya. Islam menggalakkan umatnya sepaya rajin bersedekah.
Bagi orang-orang yang kaya hendaklah membelanjakan
hartanya ke jalan yang diredhai Allah dengan memberi
sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan.




No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails