Sunday, July 1, 2012

Kelebihan Membaca Ayat al-Kursi Selepas Solat



Kelebihan Membaca Ayat al-Kursi Selepas Solat

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali
selepas solat fardu, maka tidak ada yang dapat
menghalangnya masuk Syurga melainkan dia mati.”
Takhrij hadis :
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Nasa’ie dalam
al-Kubra, Ibn Hibban, al-Rawayaani, al-Daruquthni
dalam al-Afrad, al-Dhiya’ dan al-Tabarani
dalam al-Awsath oleh Sahabat Abu Umamah RA.

Al-Haithami berkata : ‘Al-Tabarani meriwayatkan
hadis ini dalam al-Kabir dan al-Awsath dengan
perlbagai jalan, salah satu daripadanya adalah
sanad yang baik.’
Penjelasan hadis :
Hadis ini menunjukkan kelebihan membaca
ayat al-Kursi selepas solat. Siapa yang membaca
ayat al-Kursi setiap kali selepas solat maka
tidak ada apa yang dapat menghalangnya
daripada masuk Syurga kecuali mati iaitu
tidak ada syarat lain untuk dia masuk Syurga
melainkan dia perlu menghadapi kematian.
Perkara yang ada di antara seseorang itu
dengan Syurga hanyalah maut,
seolah-olah maut itu berkata ;
‘Kamu kena melepasi aku dahulu sebelum
masuk Syurga.’ (Lihat : al-Taysir Bisyarh
al-Jami’ al-Saghir, 2/844)
Sumber : di sini

2 comments:

  1. Assalamualaikum..mohon untuk share.
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Rata2 pngkaji hadis tdk mnjumpai status hadis ini sbg sahih sbaliknya ia adlh dhaif..

    ReplyDelete

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails