Tak
lama lagi Insya Allah…. (3 hari sahaja lagi)
kita
akan masuk ke bulan Ramadhan…….
Selalu
kalau dengar tazkirah…ustaz akan sebut
“Berdoalah
mudah-mudahan Allah panjangkan
umur
supaya kita bertemu lagi dengan Ramadhan
yang
akan datang. Beramallah dengan sesungguhnya
bimbang
jika ini Ramadhan terakhir kita.”
Waktu berbual dengan anak, saya teringat dengan
5 perkara ini, malahan waktu bekerja dulupun Ex
Pengarah pun ada sebut 5 perkara ini bila beliau
menghadapi beban tugas yang amat berat di tempat
kerja yang baru:-
Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara:
1. sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati
Penjelasan:
1. Sihat sebelum sakit - lakukan sesuatu yang berfaedah
dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan
orang-orang di sekeliling anda semasa anda
masih sihat.
2. Muda sebelum tua - Waktu anda muda inilah saatnya
anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak
lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak
bila anda tua anda tidak lagi memikirkan duniawi.

3.
Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta
itulah anda boleh menolong orang yang lebih
susah
daripada anda kerana sedekah yang ikhlas
akan
jadi bekalan anda menghadapNYA.
4.
Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada
kelapangan inilah waktu yang paling sesuai
mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5.
Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup
semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan.
Bila
anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah
jariah
dan doa anak yang soleh yang mengiringi
anda.
Pedoman
untuk kita semua fikirkan bersama.
sumber
: ohislam.com
Firman
Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya
manusia
itu dalam kerugian, kecuali mereka
yang
beriman dan beramal soleh. Mereka
berpusu-pusu
dengan kebenaran dan
berpusu-pusu
dengan kesabaran.”
(Surah
al-Asr, ayat 1-3)
No comments:
Post a Comment