Salad Buah-buahan Uncle Man-Amy
Bahan Potong (A):-
2 biji epal merah* (* dipotong dadu –
direndam dalam air garam)
2 biji epal hijau*
2 biji buah lai*
2 biji buah pear*
Bahan B
1 paket strawberry –
dibelah dua
1 tangkai anggur merah
1 tangkai anggur hitam
Sedikit jus lemon
Sedikit gula
Sedikit garam
1 botol salad buah-buahan
1 botol coleslaw
Cara:-
1. Semua
buah-buahan dicampur dalam
mangkuk salad,gula, dan jus lemon.
2. Masukkan
sos coleslaw dan sos buah-buahan.
3. Sejukkan
dahulu, barulah dihidang.
*Nama resepi ni sempena tuan punya resepi ,yakni abang
yang di panggil Uncle Man
oleh anak-anak saudara,
(pernah bertugas di MODESTO
Kuala Lumpur –
jadi Cheff pakai topi
tinggi tu…)
Saya belajar resepi ini
dari abang melalui telefon,
kebetulan ofis ada nak buat jamuan Hari Raya,
saya bawa salad ni..habis licin, dan yang best tu,
Pegawai-pegawai bujang (PTD) kat ofis siap suruh
ajar resepi nak buat salad ni...Sekarang salad ini
di warisi oleh PTD bujang yang handsome,(sebab saya
dah tak kerja) setiap jamuan En.Naim yang akan
buat salad ni... (salad kat atas tu, ikut stok buah yang
ada dalam simpanan aje...)
No comments:
Post a Comment